Monday 21 October 2013

Rezeki dari Allah

Alhamdulillah....baru habis baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki, tetiba rasa nk keluar cari buku bestseller Travellog Haji tulisan Prof Kamil Ibrahim. Selepas hantar anak-anak je kelas al-Quran, umie singgah sekejap di kedai buku bersebelahan. Dalam hati berdetik, harap-harap ada buku ni. Sambil mengendong si kecil Awisy , setiap penjuru rak di tuju.

Ermmmm...macam tak nampak je bayang buku ni. Si kecik sudah merengek.
"Sekejap awisy...umie nak cari buku ni" bercakap macamlah si anak faham. Tetiba terpandang buku biru Travellog Dakwah tulisan MKI juga. Haaa... mesti buku Travellog Haji pun ada ni. Tetiba mata melilau ke rak paling atas, Subhanallah....cuma tinggal sebiji je lagi, memang rezeki dari Allah sungguh...selalu kalau cari buku kat kedai ni mesti tiada stok.Rupanya memang dah lama Allah tetapkan satu buku ini di kedai tersebut akan jadi milikku. dan rezeki si penjual buku hari itu juga...Alhamdulillah


No comments:

Post a Comment